'Taqwa is to fear the Almighty; to act upon the revelation; to be content with little & to prepare for the day of travel' -Ali bin Abi Talib-


Sunday, July 24, 2011

my abi



Usia yang telah separuh abad. Yang menjadi ketua keluarga. Yang tidak jemu memberi nasihat. Mungkin waktu aku kecil, dia yang sering menegur dengan cara marah. Yang dengan cara itu aku dan kakak takut. Teringat waktu tadika dulu. Bila kakak tak datang tadika sebab sakit, aku pun taknak datang jugak. Yelah. Sebab kakak boleh je tak datang, so aku pun taknak lah datang. Memang kena marah teruk lah kan. Memang patut pun. -_- Bila ada adik, alhamdulillah dia tak buat perangai macam tu. Ayah pun dah tak suka marah-marah. mungkin dah penat. Dia lebih suka bercakap. Bila masing-masing dah besar, memang pendekatan lain lah. Kadang-kadang cakap serius. Kadang-kadang boleh je nak gelak-gelak. Ingat lagi bila ayah cakap dalam kereta. Nak kahwin tu bukan senang. Ayah bersyukur anak-anak ayah ni pakai tudung. Nak cari lelaki sekarang payah. Lagi-lagi yang tak tinggal solat dengan tak merokok. Aku rasa kakak pun rasa yang sama. Masing-masing terdiam. hm. Memang susah sebenarnya. Tapi.. yang buat hati lagi bersalah bila ayah kata anak-anak dia semua baik-baik. Bukanlah nak cakap aku ni tak baik, jahat ke apa. tapi bila buat sesuatu tu, kadang-kadang aku tak fikir pun pasal dorang. End up rasa bersalah. hm. Itu yang perlu diperbaiki. Yang bila dah besar semuanya dah jauh. Macam sekarang; dekat new zealand. Memang kadang-kadang tak tercakap sangat pun dengan ayah. Setakat webcam 5minit, cakap dekat hp 3minit apelah sangat.. Saya sayang ayah.





Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan

Abadi digenggam ke hujung usia
Akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna




Semoga Allah memberikan kelapangan masa untuk berkumpul bersama-sama sebelum waktunya. selamat hari lahir yang ke-50 ayah. semoga keluarga ini lebih diberkati. doakan yang terbaik untuk angah.




No comments: