Orang menilai kebanyakan dengan luaran. Tak semua tapi, itulah hakikatnya. Tak dinafikan personaliti saya buat orang melabel saya sebagai seorang yang sombong. Mungkin juga sebab saya tak suka senyum. Tapi saya cuba yang terbaik. Bila saya diam, orang kata saya bersedih. Takpe, saya terima semua itu dan saya mencuba untuk berubah. Ada satu personaliti diri ini (menurut pandangan orang lah) yang saya ni tak mudah ketawa. Mulanya saya agak terkilan sebab saya pun macam orang lain juga. Ada hati dan perasaan. Tapi, Maha Besar Tuhan yang membuatkan saya sebegini rupa. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui yang tersembunyi.
cerita sekarang:
Ada satu negara ni, hiburan tu memang nombor satu lah. Pertandingan menyanyi tu tak payahla cakap memang banyak gile. Yang tengah 'in' sekarang pulak show yang banyak buat orang gelak. Lawak apentah. Adalah satu seksyen ni yang mana there's one group imitated the personality of an ustazah. Sampai banyak wallpost dekat mukabuku tu pasal part yang tu. Saya ni tertanya-tanya lah apa yang best sangat pasal dorang ni. Sampai lah pagi ni saya tengok part tu. Dalam hati ni mintak-mintak lah tak terpesong niat. Duhai saudara saudari, sedihnya bila tengok. Tengok orang gelak-gelak. Istighfar. Kesian dekat si pendakwah tu. Niat dia baik nak tarbiyyah muslim lain. Tengok-tengok pulak imej dia diperlakukan sebegitu rupa. Mungkin ada orang akan backup that jokers saying that they also got the good message. Tapi, kan ada cara lain yang lebih baik dari yang macamtu?
Hiburan tu tak salah tapi bersederhanalah. Semoga kita semua berubah dengan menjadi yang lebih baik. Saya bersyukur Dia membuatkan personaliti saya sebegitu rupa. I value my passiveness as my shield upon seeing things. Thank you Allah.
Daripada Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad S.A.W bersabda :“Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis”
Riwayat al-Bukhari
courtesy : amanah2u.com
sekadar mengingatkan.
=)
No comments:
Post a Comment