'Taqwa is to fear the Almighty; to act upon the revelation; to be content with little & to prepare for the day of travel' -Ali bin Abi Talib-


Thursday, October 18, 2012

ini jalanku


tafsiran akal atau hati.
penat. lelah.
kau kira kan usaha yang tak sudah.

berdiri.
menongkah arus biarpun sendiri.
kau fikir tentang apa yang ada di hati.
pernah kau fikir apa yang terjadi
di kelilingmu?

kau fikir arus itu hanya hasutan nafsu.
sinis.
dan terus menongkah laju.
namun.
satu persatu asakan singgah di kalbu.
kau berpaling.
dan terdetik.
apakah itu jalan yang kau pilih?

jika benar itu jalannya
mengapa ada yang lebih bahagia?
jika benar itu jalannya
mengapa masih terasa sesak di dada?
tersekat. menggumam.

sadarkah engkau akan asakan tanda
dari pelosok arah matamu?
sadarkah engkau akan nikmat ditarik
dari masa silammu?
dan engkau masih lagi mampu mendongak
riyak berkata ini jalannya?

sadarlah hati..
mungkin ini yang terbaik buatmu..
dunia ini memerlukan semangat juangmu.
tepis kemahuan itu.
kerana yang Maha Besar lebih mengenalimu.



No comments: