'Taqwa is to fear the Almighty; to act upon the revelation; to be content with little & to prepare for the day of travel' -Ali bin Abi Talib-


Sunday, April 1, 2012



Utama kan yang utama. 

Cari cara bagaimana nak khusyuk dalam solat dahulu sebelum cari cara bagaimana nak 



khusyuk dalam hidup berdua secara halal. Ok?






-via a friend's fb-



Tuesday, March 27, 2012



Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda:


Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah apa-apa yang jiwa tenteram kepadanya, juga tenteram dalam hati. Dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).


-Salim A. Fillah, Biar Bidadari Mencemburuimu-






Wellington Botanic Garden, New Zealand 2011





revealing the truth

first of all,
this entry isn't about study. or life in nz. just an emotional driven writing.


i know that this is lame but i can be a serious stalker. y'know at one point it's just for fun but then.. affection tags along. reading about how people tells about their life, travelling, emotions that i could portray in mind. this stalking gets weirder when it's like someone who's like you, writing their experiences back then. and how could i being so judgmental that thinking she is pampering herself, writing out loud and knows nothing but money and herself. how could i be so judgmental that she actually travelled this journey with better thoughts than me. she writes something that inspires her. i write craps most of the time. swallow back your words, azean. you're just too fragile to not notice how bright your life is when you're not comparing it to others. i know i shouldn't judge people. why is this so hard for me to bear... it's depressing to know how this similarity keeps lingering in my mind. and those people, those places that reminds me of it. how could these all be the same. how could these people are interconnected with each other. how could we have the same passion. how could this feeling always stays the same...
o Lord..... 



Ramai orang dengan tak sedar memilih untuk sedih, derita, stress, boring & dibenci org lain. Orang yang bijak memilih untuk bahagia dengan banyak berdoa, yakin yang Allah Maha Pengasih & beri kita yang terbaik, redha dengan setiap yang berlaku, cari hikmah dalam semua hal, banyak senyum, bantu orang, belanja orang, maafkan orang, pakai minyak wangi, solat taubat, istighfar, tengok kartun, syukur dengan apa yang di depan mata, buat kebaikan, nasihatkan orang, dsbnya. Orang bahagia insya Allah sihat, orang sayang, mudah buat keputusan, berjaya dalam pelajaran/ kerjaya,hidup berkat, tinggalkan legasi hebat & Allah redha. Wassalam '' - Dr.Fadzilah-




I'm gonna do that.
Aku hanya mahu menjadi hamba yang bahagia keranaNya..
;')





Monday, March 12, 2012

from this window


subhanallah
nice view :)

---


kelburn parade, wellington, new zealand
actual temperature: 15.7'c
feels like: 16'c
overnight: 12'c
2 clothing layers



Tuesday, February 28, 2012


fitrah manusia itu memang pelupa. seorang insan. yang pelupa. yang harus diingatkan setiap hari. yang harus dibajai dengan ayat-ayatNya yang suci. supaya tahu tentang letaknya diri. kadangkala diri itu diingatkan dengan ibrah yang diperoleh daripada sekeliling. terkadang insan itu lupa kerana terlalu memikirkan apa yang telah terjadi di masa lampau. sehingga terlalu takut untuk memikirkan masa depan. cukuplah. kerana bukan jahiliyyah itu yang menjadi ukuran. cukuplah. kerana redha Ilahi dan kemaafan itu yang mengatasi segala-galanya. 

kadangkala. apa yang terjadi pada orang sekeliling, membuatkan kita terdiam sejenak dan berfikir. bukanlah hanya sekadar untuk ditangisi. tetapi lebih untuk refleksi diri. sejauh mana ujian yang datang membuatkan kita menilai kembali kebergantungan diri kepada Ilahi. sungguh. teguran itu membuatkan si pelupa terus bermuhasabah diri. adakah kau menilai hubunganmu dengan Allah apabila memikirkan tentang orang lain? adakah kau sedar bahawa Allah sahaja yang menilai segala isi hati? ah. kau asyik memikirkan orang lain. adakah kau sedar timbangan dosa terhadap Rabbmu? adakah kau sedar tatkala saat ini, Dia mengampuni dosa orang lain, sedangkan pada engkau, tidak? Allah.. Dia yang Maha Merancang..

bayangkan. dengan sedikit jentikan daripadaNya, si pelupa ligat berfikir. mungkin bukan hanya si pelupa. boleh jadi si pelupa-pelupa. ramai. ibrah. atau mungkin perasaan dari kaca mata yang lain. alam maya ini. bukan hanya sekadar laman yang sepi. ah. banyak coretan isi hati. tapi. banyak juga yang menyentuh hati. redha Allah itu yang utama.

husnuzon.
mujahadah hati.
betulkan niat.



Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mhfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.
(Al-Hadid. 57:22-23)


syafakillah.