fitrah manusia itu memang pelupa. seorang insan. yang pelupa. yang harus diingatkan setiap hari. yang harus dibajai dengan ayat-ayatNya yang suci. supaya tahu tentang letaknya diri. kadangkala diri itu diingatkan dengan ibrah yang diperoleh daripada sekeliling. terkadang insan itu lupa kerana terlalu memikirkan apa yang telah terjadi di masa lampau. sehingga terlalu takut untuk memikirkan masa depan. cukuplah. kerana bukan jahiliyyah itu yang menjadi ukuran. cukuplah. kerana redha Ilahi dan kemaafan itu yang mengatasi segala-galanya.
kadangkala. apa yang terjadi pada orang sekeliling, membuatkan kita terdiam sejenak dan berfikir. bukanlah hanya sekadar untuk ditangisi. tetapi lebih untuk refleksi diri. sejauh mana ujian yang datang membuatkan kita menilai kembali kebergantungan diri kepada Ilahi. sungguh. teguran itu membuatkan si pelupa terus bermuhasabah diri. adakah kau menilai hubunganmu dengan Allah apabila memikirkan tentang orang lain? adakah kau sedar bahawa Allah sahaja yang menilai segala isi hati? ah. kau asyik memikirkan orang lain. adakah kau sedar timbangan dosa terhadap Rabbmu? adakah kau sedar tatkala saat ini, Dia mengampuni dosa orang lain, sedangkan pada engkau, tidak? Allah.. Dia yang Maha Merancang..
bayangkan. dengan sedikit jentikan daripadaNya, si pelupa ligat berfikir. mungkin bukan hanya si pelupa. boleh jadi si pelupa-pelupa. ramai. ibrah. atau mungkin perasaan dari kaca mata yang lain. alam maya ini. bukan hanya sekadar laman yang sepi. ah. banyak coretan isi hati. tapi. banyak juga yang menyentuh hati. redha Allah itu yang utama.
husnuzon.
mujahadah hati.
betulkan niat.
Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mhfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.
(Al-Hadid. 57:22-23)
syafakillah.